20150212

Al-fatihah buat Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum.

Tak tau dari mana mahu mula. Sedang aku berwassap (menunggu.berkhayal.bermain dengan perasaan.kadang bergelora tunggu cinta entah sapa-sapa). Aku terbaca mesej kawan dalam beberapa group wassap, share berita tentang kematian Tuan Guru Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Al-fatihah.

Sejujurnya tidak langsung aku mengenali arwah secara realiti berjumpa face to face. Tapi aku mengenalinya dengan kesederhanaan yang ditunjukkan. Lihat sahaja rumah arwah bagaimana. Bukankah arwah seorang pemimpin. Bukankah pemimpin punya banyak harta.


Hati aku tersentap. Jika arwah amat terkenal dengan akhlak yang diperlihatkan. Kesederhanaan yang dipraktikkan. Agama yang diperjuangkan sebelum menghembus nafas terakhir. Tapi apa saja yang aku ada.

Aku tersedar, selama aku hidup dan membesar sehingga ke harini..tidak pernah aku ambil inisiatif untuk berjumpa dengan ulama-ulama seperti arwah. Aku sedih malam ni. Bukan untuk tunjuk dan perlihatkan pada semua sambil menekan-nekan keyboard ni. Tapi semoga bukti aku tulis di blog ini mendapat perhatiaan untuk korang yang baik hati doakan aku dapat meniru perkara-perkara baik yang ditunjukkan oleh arwah sewaktu hidup. Tapi aku akui cukup jauh..sangat jauh.

Dulu waktu kecil ustaz aku ade bagi tahu kalau meninggal malam jumaat adalah bagus. Sampaikan waktu kecil aku akan baca doa lepas solat dapat meninggal hari jumaat. Sekarang baru aku faham lepas tengok video ceramah ustaz kazim dalam youtube, meninggal dunia hari apa pun tetap bagus kalau kita jadi manusia yang betul-betul baik dan beriman.
Namun, jika manusia diberi keizinan oleh Allah untuk meninggal hari yang mulia di hari Jumaat, Allah akan menjaganya dari siksa kubur.

"Tidaklah seorang muslim meninggal pd hari Jumaat/malam Jumaat, melainkan Allah akan jaganya dari fitnah(siksa) kubur". 

[HR Ahmad & Tirmidzi]

Ramai orang yang sedih dengan pemergiaan arwah Tuan Guru NIk Aziz. Namun, kita harus ingat, yang kita juga bakal menyusul sama. Sama-sama lalui alam kubur. Sama-sama berkumpul di padang masyar. Amalan sahaja yang membezakan kita. Maafkan aku sekiranya penulisan ini tidak disenangi oleh sesiapa. Tapi kadang manusia lupa macam aku. Lupa yang hidup aku sebenarnya ade limit. Semoga aku yang banyak cela ini diberi hidayah dan kita semua diberikan hidayah olehNya.Amin ya Rabbal Alamin. Maafkan aku.

Al-fatihah.


20150205

Saya nak RM150 produk percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum.
Waalaikumsalam.

hai apa khabar. pertama sekali aku macam pelik kenapalah mata ni asyik nak lelap sajo. Sebelum maghrib tadi aku hampir nak tido, namun sempat di brainstorm oleh ibu, tak elok tido time-time nak maghrib. Aku pon menggagahkan diri untuk terus sedar dan besarkan kelopak mata, segarkan laju-laju dengan membeliakkan mata. Macam mana entah accidently aku terjumpa contest ini yang memang, tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu kalau dah itu rezekinya. Walau jaminan aku nak menang mungkin amat tipis setipis tipisnya(ramai kot yang masuk), takpelah yang penting ade jugak idea aku nak jadi menulis. dan yang paling aku harapkan, semoga ianya bermanfaat dan tak buang masa korang baca. Jadinya entry 'two in one' ini aku selitkan sekali bersama kisah hidup aku.

CLICK walau untuk cuci mata

Rahsia besar sebenar online shopping Malaysia apalagi kalau bukan nile.com.my terbongkar sudah. Barulah aku ingat beg kain sandang empunya.., sapa pulak nama dia ni..jab try ingat..hah Izati (rakan sekuliah), rupanya dia beli kat nile.com.my. Aku dah lama perhati. Nak tanya harga n beli kat mana segan pulak sebab tak rapat mana. Jenis aku memang susah nak pilih barang berkenan dihati. Memang sebijik la macam dalam gambar Izati punya. So saya pilih yang ini dulu. cantikla! best jenis beg kain macam ni unik lagi! cadangan: kalau nak beli beg, carik yang tahan lama, dan harga letak perkara no dua! tapi yang ni harga pun murah apa nak dikata. promosi 79% lagi

WBS43409 Retro Mix Color Woman Backbag
Price RM103.88 RM21.40
Color : Cream



WSZ20527 Sharp Head Design Woman Boot

Price RM94.34 RM37.90

Color : Brown 

Kasut seperti yang diatas amat memenuhi citarasa saya. Selalu perhati dekat kedai jual kasut-kasut boot yang style begini ni..laa rupanya dekat nile.com.my pon ada. Apalagi, setelah dipertimbangkan yang terbaik, lastly i choose this. Kalau dapat kasut ni jugak, senanglah for girls nak pakai stokin or tak nak sebab bertutup penuh(stokin kadang pakai kadang tak). saya pilih ini. Nile.com.my buat orang macam saya rasa yakin dengan design kasut rupa begini! susun langkah jalan baik-baik.



wabbr99895 Pear Design Bracelet

Price RM21.20 RM4.30



combination gelang manik hitam dan besi ala warna emas sebegini memang superb. apatah lagi manik warna hitam senang match dipakai dengan semua jenis warna baju. so sweet nile.com.my. murah pulak tuu dengan diskaun Rm79%









WBS20741 Elegant Dual Use Woman Bag
Price RM69.96 RM19.90
Color : Orange

Wah beg ni kalau dapat, boleh pakai time nak pergi vietnam. Harap-harap urusan kertas kerja kawan dipermudahkan dan lulus cepat dapatlah aku menumpang untuk ke vietnam. Could gurantee rasanya mesti ada tanya pasal beg ini nanti sebab jenis kawan-kawan suka nak tahu dan kongsi cerita. Tak silap ade classmate pakai style beg macam ni color merah sebab teringat ada design zipnya yang special belah kiri dan kanan sahaja. 



BMG26312 Haniya Chiffon Cotton Blouse- Purple
Price RM62.54 RM 32.10
Color : Purple

Dalam banyak-banyak pemilihan color baju blouse yang nile.com.my tawarkan seperti kuning, biru ,hitam dsn tapi purple jugak saya pilih. purple ni comel la macam buah anggur. Pergi kuliah sampai ade kawan perasan saya banyak baju purple. blog ni pon sekali purple lady. cantik design blouse with just sweet-sweet je bentuk butang. so nice




WCSD5388 Trendy Cardigan Kimono
Price RM83.74 RM33.80
Size : L

Last but not least, saya pilih baju ala-ala trendy cardigan kimono begini. so style la pilihan-pilahan di nile.com.my ni...berpinar mata jadinya nak decide which one is more better! Jenis saya kadang memang malas nak fikir atau ambil berat sangat pasal pemilihan baju sebab selalunya akan sambar sweater atau cardigan bila nak kena cepat untuk keluar. Kalaulah dapat cardigan kimono ni tak sabar nak guna!

Jumlah kesemua 6 barang: 
RM21.40 + RM37.90 + RM4.30 + RM19.90 + RM32.10 + RM33.80 = RM149.40

4 Step cara mudah nak join sama.

1. Letak tajuk entry seperti saya.
2. Letak banner dan backlink
3. Pilih barang yang berkenan dari nile.com.my tidak lebih RM150
4. Emailkan ke give_away@nile.com.my (link blog, nama penuh dan no. telefon)

saja suka-suka,
semoga awak berjaya ;)


20150203

Adik beradik istimewa


Aku tulis dekat blog ni, ingatkan nak update blog setiap hari since aku pon tak buat apa-apa sebelum habis cuti sem ni. Kalaulah tempoh aku cuti lepas untuk 2 bulan ke, boleh jugak bos lama pertimbangkan masuk balik bekerja. Dan bakal berjumpalah dengan Talib kawan bangladesh  yang solat penuh, pakcik kaya yang macam ayah-ayah tapi mulut macam mak-mak.  Rindu memang la rindu. Tapi dalam rindu tu pernah jugak ada lukanya.

 Aku borak dengan adik sebelum berhenti soal sebab dia nak tido.

“kalau kau ada satu juta apa kau nak buat?”

Kira macam ni la soalan aku pada budak darjah 4 yang aku fikir langsung belum matang lagi.

Dijawabnya..
Dia nak beli pistol betul (maybe aku rasa untuk perlindungan diri kot)
Dia nak beli anak rimau, gajah, kuda dan macam-macam binatang lain lagi (aku terusla cadang jadi Dr. haiwan je nanti)
Tambah lagi, dia nak beli satu kilang cokolet. Beli gula-gula.

Last aku tanya, kalau ada balance duit nak beli apa yang terakhir.
Dia ingin beli tilam air yang dalamnya ade ikan hidup.
Aku tanya, ada ke tilam air ikan hidup

“Ada..aku jumpa dalam cerita kartun” *dengan yakin dan serius

Pencinta kucing sejati
Pemikiran budak-budak so cute. And aku boleh gurantee kalau aku merayu kat dia nak pinjam duit time ada satu juta mesti dia kasi.. sebabnya time nak beli ais-krim 1 malaysia harga 20sen 5 batang pon dia belanja even lepas kena pujuk.
Adik is so cute. Aku harap dia jadi manusia yang baik dan berguna.
Selalu jugak urut aku. Selalu jugak kena tipu dengan aku..bila fikir balik baru sedar benda ni.. jangan la tiru macam aku ye

Takde adik sapa la aku nak kongsi cerita. Manala tempatnya aku jadi tak malu cerita sakit telinga la sakit itu la ini la. sebab selesa

sayangi adik anda selagi kita masih punya waktu. 

20150201

surat terbuka: surat untuk saudara muslim (part 1)


Dalam kita duduk bersahaja
Dalam kita bergelak ketawa
Dalam kita berkeluarga
Dalam kita sihat sejahtera ini
Dalam telinga kita masih mampu mendengar laugan azan
Sedarkah kita
Atau ambil tak peluang untuk kita berfikir sejenak
Berfikir yang suatu hari nanti,
Pasti
Akan adanya jenazah dibaluti kain kafan,
Didalam rumah yang kita tak pernah hirau dan terfikir langsung tentang akan ada berlaku kematian
Mungkin diri sendiri yang tamat riwayat dan pergi
Mungkin juga ibu atau bapa
Atau adik beradik yang lain
Yang pastinya,
Akan ada

Sama ada kita nak cuba ambil jalan bersedia sekarang
Atau tidak langsung membuat persediaan


Saya bukanlah nak membawa anda untuk memikirkan kesedihan dengan kehilangan, kematian
Atau membuatkan anda berasa tidak seronak hidup di dalam dunia ini
Tapi,
Saya sebagai manusia yang banyak cela juga
Nak mengingatkan kita bersama
Dalam kita hidup sebagai seorang manusia
Yang sangat beruntung sebab lahir lagi kita sudah pun bergelar seorang islam
Yang lahir-lahir dan pun kita di ajar tentang islam
Jadinya,
Sebesar mana cabaran dan dugaan
Sama ada berbentuk ujian atau kebahagiaan
Ingatlah Allah sentiasa
Penuhkan solat.
Buat dengan ikhlas
Doakan jugak agar orang yang bukan muslim diberi petunjuk dan hidayah
Rendahkan hati kita serendah-rendahnya
Dan jangan wujudkan rasa bangga dan riak dalam hati
InsyaAllah.
Maafkan saya sekiranya apa yang saya tuliskan ini  tidak langsung mencerminkan diri sendiri. Tapi mungkin sekadar peringatan tanda kita bersaudara. 
Doakan kita bersama.