20150129

Blog best 2015



Kosong.
Mati kutu
Sampaikan ape nak tulis pun aku tak tahu.

Tempat baru
Kawan baru
pun ade beli satu yang baru

Argh leceh bila semua baru
Nak kena suai kenal.
Nak kene tunjuk I am care too
Kalau tak,
Manusia akan aplikasikan
 judge the book by its cover.
Ahh aku tak pura pura
Cuma belum masa
Bertunang pun belum.
Inikan pula nak panggil ibu orang as ‘mak’
Tak malu eh

Hidup memang begini
Akan ade sentiasa benda baru
Benda lama bukan buang
Cuma benda lama nak pakai lagi buat apa?
dah ade benda baru kena suai kenal pulak dengan benda baru

Gatal.

Aku garu tak hilang-hilang jugak
Dasar
Dasar
Dasar
 diri sensitif dengan tempat sedikit kotor
Berhama
Macam tempat ini
Perlu kemas sedikit sampai mampu.

Kebersihan itu separuh daripada iman
Biar tak cantik janji wangi
Kalau rasa masih busuk
 cari jalan
pakai deodorant.

20150128

Murtabak maggie paling simple, mudah, senang



Lapar? nak makan maggie tapi bosan sebab asyik maggie saja. Jadinya bolehlah buat murtabak maggie.

Bahan-bahannya:
maggie (sebarang perisa)
dan telur sebijik.

Caranya:
Rendam maggie dalam air panas tanpa perencah. Kemudian toskan dan buang air panas. Seterusnya, gaulkan maggie dengan perencah yang disediakan bersama sebijik telur. Akhir sekali, bolehlah ditebarkan atas kuali leper.

Cadangan tambahan, kalau bajet lebih bolehlah meriahkan lagi bahan dalam murtabak maggie dengan menambah cili padi, bawang, perisa dan sebagainya.

20150127

Aku suka begini



Kentang last dua bijik jumpa trsesat, dipotong panjang. Lemak manis. Keropok ikan entah bila tahun masih rangup digoreng. Milo gula ais. 

cekodok kosong


ini penyedap tekak pukul 3.oo pagi.

bahan-bahannya:
tepung gandum
dan air garam (sukatan ikut suka)

sekali tengok macam lempeng pon ada. nak best sikit makan la dalam pinggan bercorak. nak best lagi guna pisau macam suggested dalam gambar. tapi disebabkan bunyi bising guna besi, aku guna tangan lagi tenteram.

bersyukurlah dengan apa yang boleh kita makan. sebab ada orang mati kelaparan sebab tiada makanan nak dimakan.

20150107

pelakon

doa
ubah
dan
diam

baru tak poyo

ni
doa
nangis setempayan
dan tunda esok nak ubah
sebab nak tido penat dah melalak-lalak
ah sudahlah



teringat biar beringat

bila ingat benda lepas
bodoh
dan memalukan
untuk apa yang dah aku pilih dan laku

semuanya disebabkan
kecelaruan karakter

kononnya
adalah bagus
dan nak terlalu sempurna

akhir sekali
kaku dan beku

20150106

siapa aku yang sebenarnya


2015

tidak kenal siapa aku
aku masih lagi mencari
aku belum lagi jumpa kan jawapannya
hidup yang aku nak corakkan
seragamkan watak pelbagai yang aku ada


Aku manusia lemah yang tiada upaya.
Banyak leka.
Suka dunia
Sampai buta mata.
Doakan agar pencarian hidup aku bukan hanya untuk dibangga-bangga
Di cerita

hakikatnya di akhir nafas berhembus apa yang aku dapat hanya celaka


entah peluang yang keberapa