20150212

Al-fatihah buat Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Bismillahirrahmaanirrahim.
Assalamualaikum.

Tak tau dari mana mahu mula. Sedang aku berwassap (menunggu.berkhayal.bermain dengan perasaan.kadang bergelora tunggu cinta entah sapa-sapa). Aku terbaca mesej kawan dalam beberapa group wassap, share berita tentang kematian Tuan Guru Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz.
Al-fatihah.

Sejujurnya tidak langsung aku mengenali arwah secara realiti berjumpa face to face. Tapi aku mengenalinya dengan kesederhanaan yang ditunjukkan. Lihat sahaja rumah arwah bagaimana. Bukankah arwah seorang pemimpin. Bukankah pemimpin punya banyak harta.


Hati aku tersentap. Jika arwah amat terkenal dengan akhlak yang diperlihatkan. Kesederhanaan yang dipraktikkan. Agama yang diperjuangkan sebelum menghembus nafas terakhir. Tapi apa saja yang aku ada.

Aku tersedar, selama aku hidup dan membesar sehingga ke harini..tidak pernah aku ambil inisiatif untuk berjumpa dengan ulama-ulama seperti arwah. Aku sedih malam ni. Bukan untuk tunjuk dan perlihatkan pada semua sambil menekan-nekan keyboard ni. Tapi semoga bukti aku tulis di blog ini mendapat perhatiaan untuk korang yang baik hati doakan aku dapat meniru perkara-perkara baik yang ditunjukkan oleh arwah sewaktu hidup. Tapi aku akui cukup jauh..sangat jauh.

Dulu waktu kecil ustaz aku ade bagi tahu kalau meninggal malam jumaat adalah bagus. Sampaikan waktu kecil aku akan baca doa lepas solat dapat meninggal hari jumaat. Sekarang baru aku faham lepas tengok video ceramah ustaz kazim dalam youtube, meninggal dunia hari apa pun tetap bagus kalau kita jadi manusia yang betul-betul baik dan beriman.
Namun, jika manusia diberi keizinan oleh Allah untuk meninggal hari yang mulia di hari Jumaat, Allah akan menjaganya dari siksa kubur.

"Tidaklah seorang muslim meninggal pd hari Jumaat/malam Jumaat, melainkan Allah akan jaganya dari fitnah(siksa) kubur". 

[HR Ahmad & Tirmidzi]

Ramai orang yang sedih dengan pemergiaan arwah Tuan Guru NIk Aziz. Namun, kita harus ingat, yang kita juga bakal menyusul sama. Sama-sama lalui alam kubur. Sama-sama berkumpul di padang masyar. Amalan sahaja yang membezakan kita. Maafkan aku sekiranya penulisan ini tidak disenangi oleh sesiapa. Tapi kadang manusia lupa macam aku. Lupa yang hidup aku sebenarnya ade limit. Semoga aku yang banyak cela ini diberi hidayah dan kita semua diberikan hidayah olehNya.Amin ya Rabbal Alamin. Maafkan aku.

Al-fatihah.


No comments:

Post a Comment

any comment??