20150201

surat terbuka: surat untuk saudara muslim (part 1)


Dalam kita duduk bersahaja
Dalam kita bergelak ketawa
Dalam kita berkeluarga
Dalam kita sihat sejahtera ini
Dalam telinga kita masih mampu mendengar laugan azan
Sedarkah kita
Atau ambil tak peluang untuk kita berfikir sejenak
Berfikir yang suatu hari nanti,
Pasti
Akan adanya jenazah dibaluti kain kafan,
Didalam rumah yang kita tak pernah hirau dan terfikir langsung tentang akan ada berlaku kematian
Mungkin diri sendiri yang tamat riwayat dan pergi
Mungkin juga ibu atau bapa
Atau adik beradik yang lain
Yang pastinya,
Akan ada

Sama ada kita nak cuba ambil jalan bersedia sekarang
Atau tidak langsung membuat persediaan


Saya bukanlah nak membawa anda untuk memikirkan kesedihan dengan kehilangan, kematian
Atau membuatkan anda berasa tidak seronak hidup di dalam dunia ini
Tapi,
Saya sebagai manusia yang banyak cela juga
Nak mengingatkan kita bersama
Dalam kita hidup sebagai seorang manusia
Yang sangat beruntung sebab lahir lagi kita sudah pun bergelar seorang islam
Yang lahir-lahir dan pun kita di ajar tentang islam
Jadinya,
Sebesar mana cabaran dan dugaan
Sama ada berbentuk ujian atau kebahagiaan
Ingatlah Allah sentiasa
Penuhkan solat.
Buat dengan ikhlas
Doakan jugak agar orang yang bukan muslim diberi petunjuk dan hidayah
Rendahkan hati kita serendah-rendahnya
Dan jangan wujudkan rasa bangga dan riak dalam hati
InsyaAllah.
Maafkan saya sekiranya apa yang saya tuliskan ini  tidak langsung mencerminkan diri sendiri. Tapi mungkin sekadar peringatan tanda kita bersaudara. 
Doakan kita bersama.